Thursday, April 30, 2015

Service Myvi

Tiap kali aku service sang myvi nih, aku mesti buat kat wokshop nilai yang aku penah cita dulu... Situ murah... Dan amat berbaloi2 bagi aku..

Untuk service kali nih, aku tukar minyak hitam + oil filter (nih pakej), ngan auto oil... Disebabkan keta aku nih auto, so kena tukar auto oil setiap 20,000 km.. Tapi kengkadang aku lajak kan ajer..haha


Untuk minyak hitam, aku pakai minyak cap Perodua SAE 5W-30 Genuine Oil Semi Synthetic (botol kaler grey macam gambar atas nih)... minyak nih boleh pegi sehingga 8,000 km tiap kali service... Tuh yg aku suka tuh..


Untuk auto oil pulak, aku pakai cap Perodua jugak, ATF III Automatic Transmission Fluid.. Kena pakai 2 botol.. Sbb 1 botol bersamaan 1 liter sahaja..Yg nih pulak boleh pegi 20,000 km tiap kali service... Eh? Macam dah bagitahu jer kat atas nih.. hehe

Kemudian, total barang yang aku beli pulak, disebabkan malas nak taip, aku up gambar resit..

Harga include GST dah tuh..

Kemudian: Upah buat kat wokshop bkang kedai sparepart RM 18 sahaja...

So total service kali nih:

Minyak hitam + Oil Filter + Auto Oil + Upah = RM 138.85 tunai

Wokshop yang aku buat: Tengok entry kat sini



Chow!


[gambo resit dah renyuk... ada org jelez aku ckp nk masuk blog... hahhaa]




1 orang yang nak merapu jugak!:

Rose kakrose said... [Jawab balik]

8,000 km, jln berapa bulan tu Young.kira oklah..murah..