Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Tips untuk meningkatkan kualiti diri





6 Persoalan

1. Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia?

Yang pali dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran: 185)

2. Apakah yang paling jauh dengan kita di dunia?

Yang paling jauh adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekali pun, kita takkan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. Apakah yang paling besar di dunia?

Yang paling besar dari yang ada di dunia adalah "NAFSU" (Al-A'raf: 179). Maka kita harus behari2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Apakah yang paling ringan di dunia?

Yang paling ringan di dunia adalah meninggalkan solat, tapi ingat, Allah berfirman (Al-Ma'un: Ayat 4-5) maksudnya, maka celakalah (azab) bagi orang-orang yang sembahyang yang mereka lalai dari sembahyangnya.

5. Apakah yang paling berat di dunia?

Yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab: 72). Tumbuh-tumbuhan, bianatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah swt sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" kerana melalui lidah, manusia selalu menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta peroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"
- Surah Al-Ankabut: 69




Sumber asli: opis sendiri



Thursday, June 16, 2011

Pertunangan & Putus Tunang

Aku nak kongsi artikel nih sebagai panduan semua...


Pertunangan

# Bertunang diamalkan masyarakat Islam dan membawa banyak faedah serta kebaikan kepada pasangan yang bertunang.

# Hal ini kerana ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak. Begitu pun, pertunangan tidak menghalalkan hubungan seperti suami isteri.

# Perkara ini bermakna walaupun pasangan itu bertunang, batas yang ditetapkan oleh hukum syarak hendaklah dipatuhi.

# Bertukar-tukar hadiah secara tidak langsung membawa kepada perasaan saling hormat menghormati dan menjalinkan kemesraan sebelum mempelai itu diikat melalui talian perkahwinan.

# Majlis pertunangan tidak dinyatakan dengan terperinci dalam Islam. Namun adat yang diamalkan itu boleh juga dianggap sebagai undang-undang Islam kerana ia bersumberkan kepada adat.



Putus tunang dibolehkan sekiranya sebabnya jelas dan nyata, iaitu:

# Antaranya memberi kemudaratan sekiranya hubungan pertunangan itu diteruskan dengan ikatan perkahwinan.

# Putus tunang berlaku dengan tujuan menjaga nama baik keluarga serta keharmonian keluarga.

# Pasangan melakukan kecurangan dan memutuskan ikatan pertunangan adalah jalan terbaik daripada diteruskan dengan perkahwinan.




Aku xnak komen apa2 pasal artikel nih...
Baca artikel nih sambil mendengar lagu nih buat jiwa aku sebak & sentap secara behemah!

Sumber galian: www.srikasih.co.cc



Thursday, May 26, 2011

Isu - Kahwen Lewat?

Tertarik nak kongsi 1 artikel nih, diambek dari Utusan Malaysia 24.05.2011 LPPKN pandang seruis kahwin lewat










KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – BERNAMA



Ari tuh, terdengar kat hot fm terbincangkan isu nih...mcm2 alasan dorg skang..meh sini aku pulak nak jawab..hihi

1. Data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin
-----> setuju...sbb aku pun tergolong dlm lingkungan umor cam tuh..

2. Khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai
-----> Part nih lagi aku setuju...dah memang xdak calon yg sesuai, camna nak kawen...Opsss, bukan memilih....tapi siyez memang tengah xda....

3. Bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin
-----> nih pun setuju jugak! xnak komen lelebih, biar lelaki yg komen..hehe

Okeh...aku bukan xnak kawen sebenarnya...Kalau nak di ikutkan umor cam aku skang nih, dah boleh beranak pinak dah pun....member2 aku..alhamdulillah, suma dah membiakkan keluarga dorg..aku? sorg pun xda lagi...duk jaga anak buah jer...angkut kulu kilir (ke hulu ke hilir) buat macam anak sendiri...kira ada la tuh jugak kan...haha

Aku nih jugak bukan terlampau memilih...Aku nih apa pun xda...jangan kata aku nih demand lelebih...tapi, aku rasa org takut nak dekat ngan aku sbb aku nih garang..hehe, tau takottt....tapi, segarang2 aku, lembut jugak tau...

Secara jujur nya, susah nak carik lelaki yg bebetul lelaki zaman skang nih...kekadang aku pikir, lebih selesa hidup macam nih....nak kemana2 pun, selalu dengan family....kekadang macam dah serik pun ada jugak....takot pisang berbuah 30 kali...serik beb!

Kekadang hasad dengki tuh mula la datang....dengki tengok member2 yg dah kawen tuh...bih, nak buat camna...aku kawen pun xlagi...

Mummy daddy xyah duk cita la...memang banyak kali tanya pasal aku...yang lebih banyak kali tanya, mummy la...tanya yg aku nih duk p kenduri org jer..kenduri aku tah bila...nak buat camna mummy oiii, tolong la carik kan kot ada haaaa....hehe, aku nih yg ngengada, mummy sebok nak carik kan, aku pulak yg xnak...

Ehhhh...nih kalau aku bagi komen panjang lebar tang artikel nih kang, agak2 aku kena banned x? hehe...

Okeh, maleh nak taip panjang lebarr....cuma, aku sentiasa berdoa semoga di pertemukan jodoh yg sesuai untuk aku...dan semoga Allah permudahkan segalanya..

p/s: aku dh penat nak becinta, nak kawen terus la....
mood : gatal, hehe...




Thursday, April 21, 2011

Jangan takut bercinta lagi

Artikel nih diambik drpd suratkhabor Utusan Malaysia Online - 19 April 2011

Sebelum membaca, klik butang lagu kat bawah nih...nih kira ala2 macam background muzik ler nih..hihi



Dah klik button muzik? Okeh, buleh teruskan membaca..



Jangan takut bercinta lagi

BAGI yang pernah bercinta, pasti biasa melalui saat suka dan duka. Maklumlah dunia orang bercinta penuh dengan pancaroba.

Kecewa akibat bercinta memang sangat perit untuk dilalui dan sukar untuk di atasi.

Cara terbaik untuk pulih daripada perasaan kecewa dan kembali ceria mungkin dengan meyakinkan diri untuk bercinta lagi dan melupakan buat selama-lamanya si dia yang mengecewakan anda.

Sebagai seorang yang matang, terimalah hakikat bahawa setiap manusia mempunyai naluri untuk berkongsi perasaan sayang.

Namun kita juga harus sedar bahawa setiap perhubungan itu tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan mencapai bahagia.

Ada perhubungan yang hanya bertahan separuh jalan. Itulah yang dinamakan takdir.

Memang mengecewakan, namun ia bukan bermaksud anda perlu menutup semua peluang baru yang akan datang.

Tindakan sedemikian sebenarnya hanya merosakkan diri sendiri dan boleh menjadikan diri mengalami kemurungan.

Buka minda dan terima perhubungan baru sebagai sesuatu pengalaman berbeza dalam kehidupan anda. Berusahalah mencari kebahagiaan yang anda impikan.

Namun ada juga yang menyalahkan diri sendiri kerana mengalami kekecewaan dalam perhubungan.

Sekali gus menolak untuk bercinta lagi kerana takut dikecewakan untuk kali kedua.

Seharusnya keadaan itu tidak perlu dijadikan isu kerana bukan semua pasangan akan membuat anda kecewa. Ramai lagi insan boleh memberikan anda kebahagiaan.

Sebenarnya, ramai lagi orang lain yang ikhlas untuk terus bercinta dengan anda. Tetapi janganlah menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri dan menolak cinta lain.

Cubalah memberikan ruang dan peluang kepada orang baru supaya anda terus dicintai dan mencapai kebahagiaan yang ingin anda kecapi.

Dalam situasi ini, jangan sesekali mengenang kisah lama dengan si dia yang pernah mencintai anda, tetapi berikan tumpuan sepenuhnya kepada si dia yang baru hadir dalam dunia anda.

Berusaha sebaiknya untuk membuatkan diri anda terlalu istimewa kepadanya.

Hakikatnya, kecewa itu sebenarnya sesuatu yang perit dan sukar untuk diterima lebih-lebih lagi orang yang kita pernah sayangi itu kini sedang berbahagia dengan cinta barunya.

Tetapi, jangan kecewa dengan situasi sedemikian dan cubalah melupakan si dia dengan membuka peluang baru kepada orang lain untuk terus bercinta diri anda.

Perkara penting yang anda fikirkan adalah semua insan di dunia ini mampu untuk memiliki kehidupan yang bahagia.


Dan abis baca??
Kalau ikut kan aku, suma aku nak highligt kat atas nih, hehe..sbb aku rasa suma nya penting dalam cuba melupakan yg lama dan membentuk sebuah perhubungan yg baru...

Kesimpulan yg aku buleh buat kat sini, gagal becinta xsemestinya segalanya musnah. Disebalik kegagalan itu, menyimpan semua kebaikan & keburukannya..yg baik, jadikan tauladan..yg buruk, HARUS di jadikan sempadan....

Tetiba aku rasa, aku macam dah jadi pakar motivasi pulak...artikel nih jugak sebagai panduan utk aku...insyaAllah...