Friday, December 23, 2011

Tayar

Dah dekat 2bulan kot tayar depan bila bawak keta ada dengar bunyi macam gedeguk, gedeguk, gedeguk....nak tau macam mana rasanya? Macam bawak lori...time drive tuh memang bunyi tayar depan tuh bising semacam..

2bulan lepas jugak, aku mintak tolong daddy bawak kan si puteh tuh p bawak kedai tayar..sbb aku pasan tayar depan yg asal tuh mcm dh makan sebelah..pastuh, aku suh jugak daddy rotate kan tayar tuh suma..yg depan p belakang, yang belakang p depan..

Bila dh buat rotation, tayar tuh pulak start nak bunyi2...ngengada pulak deh! Tapi...aku mengambil inisiatif mudah, aku lenjun jer tayar tuh...bunyik pun bunyik la...janji buleh jalan...



"Oihhhh ayung, huduh nya lukisan ko.."

Cehhh..monolog dalam nih menggangu jer...okeh, jom kita sambung acara tayar keta nih..hehe

Banyak la aku gugel perkara2 yang berkaitan ngan tayar nih..ada jugak kau tanya kat forum2 & dorg suggest suh tukar..takut nanti bila tengah2 syok bawak tayar keta akan mengakibatkan meletup..bahaya woohh..

Pastuh...minggu lepas, aku duk usha2 la tayar keta jenis yg sama kat area semban nih..ada kedai bagi harga RM150, ada kedai bagi harga RM160, ada pulak kedai bagi RM135...haaa, dah dapat dh yang murah tuh...terus em nak buat kat kedai tuh jer..


Silverstone Power Blitz
175/65/14
RM135


Ada tokey kedai yang aku usha2 tayar tuh kasi tau tayar brand silverstone nih x okeh..tayar mudah rosak...pastuh akan jadi bengkak2...tokey tuh suggest ambek michelin...gila! Mahal tuh...bagi aku nih sementara jer kot, ada duit terpijak sok2 nak angkat sportrim terus..haha, hajat tinggi...

Pesanan penaja: Kalau korg nak ganti tayar keta, usha2 dulu kat kedai2 tayar xkira walau di mana jugak korg berada...sebab bukan suma kedai sama harga..ada yang murah, ada jugak yg mahal...

Semalam dah ganti tayar baru...xda la rasa mcam bawak lori lagi..hehe


More info pasal tayar: meh klik sini meh



Chow!!


7 orang yang nak merapu jugak!:

khairul said... [Jawab balik]

betul tu ayung..x semua kedai rega yg sama ..kena pandai ushar mengushar

Rai said... [Jawab balik]

rai baru je tuko 4 tayar.. hahahhaha. abes bonus eden.. siot je.. kedai tu suggest amek michelin gak. tayar cap lain dia kondem ah. gilo nk jenama tu. 3ratus lebih satu biji tayar.

wanbu said... [Jawab balik]

untung la....

aq nie mamanjang cbuk jerk
tak sempat poei bengkel hah

dah mcm naik kapal laut plak berayun-rayun bwk kete hikhik...

time ujan2 nie lg mencabar... terpaksa bwk 32 km/j jerk ;)

reza al-razi said... [Jawab balik]

tayar bukan sebarang tayar.. kena pandai pilih yg betul2 berkualiti..

Afzainizam said... [Jawab balik]

yuuuppp biar penat gi kedai tayar tengok harga asalkan tak terasa kita beli tayar mahal dan tertipu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip Spray paint motorsikal

raayeop said... [Jawab balik]

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...