Friday, February 18, 2011

Sapa tengok Kashaf Imani malam tadi?

Cita tuh best kan..
Sapa tengok malam tadi??

Last week, astrok Ria main cita Unggunya Cinta lakonan Leez Af (aku memang minat tengok dia belakon, dari dalam cita Astana lagi...) ngan hero nya pulak, ala...mamat yg encem tuh....sharnaaz ahmad nama dia....

Minggu nih pulak, Kashaf Imani..

Dah banyak kali main trailer kat channel astrok...tengok trailer pun macam menarik! lalu xmelepas kan peluang tengok the hole tele-pilem malam tadik....xla the hole sangat pun, kul 10 baru aku teringat ada cita tuh....

Kashaf Imani...

Lakonan mantap dari Beto Khushairi (nih aku kenal dari stat dia belakon cita 10 kat astrok dulu..sapa penah tengok?..ala, yg cita pasal bola tuh..), Sharifah Amani (dia nih xyah duk cita la kan..mmg pelakon fofular skang nih...mana2 cita mesti dia ada belakon..hehe), Wan Sharmila (dia nih pun dah bnyak kali belakon jugak, tapi..aku kurang pasti dari bila aku mula kenal dia...ala, pelakon yg di gemparkan dengan aksi becomolot tuh..Opssss, hehe) dan jugak ramai pelakon2 lain..eh, lupa nak cakap 1 lagi pelakon nih aku minat...Normah Damanhuri..hehe, stat aku kecik2 tau aku dah kenal dengan lakonan dia nih...cantekk jer kan..maintain gitu....


Sinopsis pulak..

Kashaf Imani adalah nama 2 org yg bebeza...Kashaf (Beto Khushaisry) dan jugak Imani (Sharifah Amani). Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.

Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

tetiba ayat jadik skema kan..makna nya aku gugel la nih..hehe, sumber gamba pun: gugel jugak..

Ehh..tapi siyez cita tuh best betul...dapat memberi kesedaran pada kita tentang alam yang kita xtau...boleh beri keinsafan pada kita....ending nya memang touching abizz la...nasib x nangis den!
Kalau ada ulangan, aku nak sangat tengok sekali lagik...agak2, ada ulangan x??

Lagu tema tele-pilem nih pun best..
Meh dengar kat sini..
Tiada Duka Yang Abadi - Opick (nak donlod pun bulehh...)


13 orang yang nak merapu jugak!:

Bella said... [Jawab balik]

tgok2...
memang best..lakonan Sharifah Amani mmg mantap.. suka tgok dia berlakon..

CinderLaLa said... [Jawab balik]

tngok citer pn dh last2 dh smlm...apa2 pn tetap bestttt =)

cikmOt said... [Jawab balik]

aler, tak dan nengok png...huhuh

Wafiy Suzly said... [Jawab balik]

ramai tul ckp citer ni best..tp bb tak tengok jadi taktahu..hehe

Puan Kutu said... [Jawab balik]

Ala tak tgok..Nk teman ank tido kite yg tido awal.hehe..Tp Astro gerenti ada ulangan kot!ungunya cinta kite tgok...:)

chii said... [Jawab balik]

mcm best je..tp umah chii xlanggan astro plak :p

nuriz said... [Jawab balik]

betoi betoi cuter ni memang best lagi lagi ada amani..sukerrr

pak long said... [Jawab balik]

salam...
umah kiter ASTRO masuk air....hehehehe

Warna Warni Kehidupan said... [Jawab balik]

alamak cite ni dah main ke...adoi dah telepas la nih...

Awan Biru said... [Jawab balik]

Tak sempat tengok. Gigit jari jawabnya.