Thursday, May 26, 2011

Isu - Kahwen Lewat?

Tertarik nak kongsi 1 artikel nih, diambek dari Utusan Malaysia 24.05.2011 LPPKN pandang seruis kahwin lewat










KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – BERNAMA



Ari tuh, terdengar kat hot fm terbincangkan isu nih...mcm2 alasan dorg skang..meh sini aku pulak nak jawab..hihi

1. Data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin
-----> setuju...sbb aku pun tergolong dlm lingkungan umor cam tuh..

2. Khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai
-----> Part nih lagi aku setuju...dah memang xdak calon yg sesuai, camna nak kawen...Opsss, bukan memilih....tapi siyez memang tengah xda....

3. Bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin
-----> nih pun setuju jugak! xnak komen lelebih, biar lelaki yg komen..hehe

Okeh...aku bukan xnak kawen sebenarnya...Kalau nak di ikutkan umor cam aku skang nih, dah boleh beranak pinak dah pun....member2 aku..alhamdulillah, suma dah membiakkan keluarga dorg..aku? sorg pun xda lagi...duk jaga anak buah jer...angkut kulu kilir (ke hulu ke hilir) buat macam anak sendiri...kira ada la tuh jugak kan...haha

Aku nih jugak bukan terlampau memilih...Aku nih apa pun xda...jangan kata aku nih demand lelebih...tapi, aku rasa org takut nak dekat ngan aku sbb aku nih garang..hehe, tau takottt....tapi, segarang2 aku, lembut jugak tau...

Secara jujur nya, susah nak carik lelaki yg bebetul lelaki zaman skang nih...kekadang aku pikir, lebih selesa hidup macam nih....nak kemana2 pun, selalu dengan family....kekadang macam dah serik pun ada jugak....takot pisang berbuah 30 kali...serik beb!

Kekadang hasad dengki tuh mula la datang....dengki tengok member2 yg dah kawen tuh...bih, nak buat camna...aku kawen pun xlagi...

Mummy daddy xyah duk cita la...memang banyak kali tanya pasal aku...yang lebih banyak kali tanya, mummy la...tanya yg aku nih duk p kenduri org jer..kenduri aku tah bila...nak buat camna mummy oiii, tolong la carik kan kot ada haaaa....hehe, aku nih yg ngengada, mummy sebok nak carik kan, aku pulak yg xnak...

Ehhhh...nih kalau aku bagi komen panjang lebar tang artikel nih kang, agak2 aku kena banned x? hehe...

Okeh, maleh nak taip panjang lebarr....cuma, aku sentiasa berdoa semoga di pertemukan jodoh yg sesuai untuk aku...dan semoga Allah permudahkan segalanya..

p/s: aku dh penat nak becinta, nak kawen terus la....
mood : gatal, hehe...




14 orang yang nak merapu jugak!:

bujal X said... [Jawab balik]

jom kawin?

*wink *wink~

haha~~

yanamib said... [Jawab balik]

ni mesti carrier woman nih..haha..kazen sy umo nk cecah 30 br jmpe calon..tp mmg puas hati aa calon dia tuh..

kita mmg kena memilih..utk ms depan kita jugak kn..cuma jgn over memilih la..sbb kita pn bkn perfect sgt..hihi~ peace~ v(^^,)

Unknown said... [Jawab balik]

x salh memilih..lgpun kita inginkan yg terbaik dan yg kekal kan..

ehehe..nasib baik chii jrang g kenduri kawen..kalo x sure kena tanya gak..tp yg byk tnya mkcik2 la..chii slalu angkut anak buah sedara..sedangkn mak2 dorang sebaya chii..anak da 2...aduiyhh

sama cam ayung..xmo cinta2..nak kawen terus..tp nk dpt laki yg betul2laki...susah krg ni..

cik azeya said... [Jawab balik]

nak kahwin. nak kahwin. nak kahwin jugakkk.

Dhea Ahmad said... [Jawab balik]

sedihnyer....jadi isu plak... bukan xnk kawen awal tp xde org nak kat kite....huhuhuhu

Unknown said... [Jawab balik]

salam petang ayung~ kena memilih sekarang ni ayung...sbb lelaki2 sekarang ramai yg tak bape nak `betoi`...pada kaum2 adam jgn terasa ek..mommy tak kate semua~pilih betoi2...latar belakang jgn panas baran....jgn yg kedekot.biar lambat asal selamat....

sticky picky said... [Jawab balik]

bercinta lepas kawen best.

hikhikhik... (tetiba).

puanbee said... [Jawab balik]

kawin awal salah kawin lewat salah ada jodoh tk kemana lah hehee

Anonymous said... [Jawab balik]

hamboi.. baru semalam diskas dh buat post. ok esok sambung lagi. dh masuk hari ke3 diskas pasal ni :p

Unknown said... [Jawab balik]

wah..nasib baik lingkungan 25 ke atas..kira jijah muda la kot..harap2 kawen sebelum umur tu..bahaha~~


ayung..ade jodoh nanti InsyaAllah akan berjumpa dengan lelaki yang hebat.. InsyaAllah ^^

AYuNG said... [Jawab balik]

@bujal X
ehh..bukan kah anda sudah berkahwin? *kantoi*

@YanaMIB
xda la career women sgt! hehe..setuju..

@chii
hehe...betul3..:D

@cik azeya
ehhh...:D

@nadia ar-rumaisha
kan..kan..kan..nak buat camna..

@mommylavender
baik mommy..:)

@yuyu
demn ko..haha

@puanbee
setuju jugak! insyaAllah..amin

@khairul
yup betul..abg kan ada..hehe

@anon
hehe...autopublish la...dh taip b4 discuss..:D

@cik azizah
jijah kawen jgn lupa jempot ayung tau..ehehe, amin**

Puan Kutu said... [Jawab balik]

bl0m smp seru..pcaya pada jodoh ayung kan..:)

AYuNG said... [Jawab balik]

@puan kutu
insyaAllah..amin:)